About Me n Myself

kulim, kedah, Malaysia
Name aku Schaz Zarul... But u can call me Apek,SAM or Shi.. aku stay at KULIM,KEDAH... Aku lahir pada 12 November.... Aku seorang yg Heppy sLalu... Aku nie x la hensem cnad...sweet tue ada lar..hahax...=) aku nie mudah utk bekawan...^_^ 난 널 사랑해.. 시,市

PeNgIkUt SeTiAkU....

Saturday, November 26, 2011

Sebutir Air Mata..


Langit petang tadi terlihat mendung,
senyum awan berarak kelabu menyapa penghuni dunia seakan turut berkata hujan akan membasahi kamu semua,


pertanda awan benar adanya,
malam ini hujan turun menghapus jiwa yang dahaga akan cinta,


ingatan ku kembali melayang,
teringat di malam itu saat hujan hadir seperti saat sekarang,
disudut malam ku teringatkan mu terpuruk dalam ruang sempit,


airmata dari seorang kekasih kepada kekasih yang tak menganggap dia ada,
tak seharusnya mengalir dari matamu yang indah,


ingin ku menjerit,
aku yang menyayangimu!


tapi aku tak sanggup,
bukan saatnya ku katakan kepadamu,
ku hanya mampu terdiam merasakan perih yang kau rasa,


dingin udara malam masih tak kau hiraukan....



pernahkah airmata ini merayu?
pernahkah airmata ini terbebas?
menitis demi kekasih,
airmata yang tidak terukur
tangisannya...


pernahkah airmata ini berdosa?
pernahkah airmata ini curang?
airmata yang hangat dan deras titisannya,
hanya adil di saat
jiwa ini terbelenggu...
tertawan dengan gundah
terasyik dengan ronta


airmata kekasih,
airmata yang tidak terhitung nilainya..
penawar deria rindu,
pengubat resah hati..
airmata kekasih yang sudi berteman
peneman sang hati
setia, tulus, hibur...


airmata kekasih...
airmata yang merindukan pencipta,
airmata kekasih...
airmata yang tidak terucap baris kata..
dari hati ia bersuara,
dan dari mata ia bersaksi,
airmata kekasih....
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Wednesday, November 23, 2011

It Will Rain...

Bruno Mars - It Will Rain...
your fav songs,
when rain watered the earth,
it always remind me bout u..

When rain,
my body frozen,
i'm juz waiting you
to hug me..

If u want to know,
every single day im waiting for u,
like i've promise to u...
i'm lonely without u...
don't u know??

Every night when i call u,
your voice make me smile,
your word make me happy..
Please don't try to leave me,
If i lose u,
my world not shine anymore..

The last word i want u to know is,
i will waiting you...





#juz i, you n this songs... =)
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Sunday, November 20, 2011

Senyuman Dahulu Kini Sejarah..


Berdirinya Si lelaki yang sedih dengan senyuman yang berpura-pura..
Hati yang diam senyap sunyi ini dirodok pisau tajam, memaksa ianya terbuka

dan demi untuk mengeluarkan secebis memori lama yang disimpan jauh di dalam.
Hati ini kembali berdarah, namun tak semerah luka dahulu, cuma aku pasti 
darah itu masih merah, masih panas dan masih menyakitkan.
Dan aku lihat kembali cebisan memori itu, yang aku simpan jauh
supaya senang aku lupa. 
Sebuah senyuman milik bibir merah itu,
Sepasang mata yang mampu membaca hati ini,
Sebuah wajah yang sudah lama aku padamkan dari kotak ingatan.
Aku tersenyum, penuh makna.
Senyuman itu yang pernah menjadi milik aku,
Namun bukan lagi kini.
Kerana itu kisah klasik, kerana senyuman itu bukan lagi milik aku.
Juga bukan milik sesiapa, seperti senyumnya aku kini
yang bukan lagi milik dia..
Senyuman yang pernah menjadi keceriaan itu telah
menjadi kenangan terindah  dalam hidup aku...
Aku kini hanya tinggal dengan senyuman yang palsu,
hanya untuk menceriakan orang disampingku...
Senyuman yang disangka manis oleh orang lain hanyalah
senyuman pura-pura...Hanya untuk menutup kisah duka aku...



RED ROSSE story...
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Untitled...


100 plus and Chipster,
Its not just the name,
It was about the Taste,
I'm not promoting but just telling..


Its raining,
And I'm freezing,
Waiting for her to hug me,
Enternally.


20 Nov 2011,
It been a year since back then,
And now it'll arise,
And it'll make me smile.


Goodbye yesterday,
Wish I could enter your heart,
But I just don't know why,
I can't, don't ask me why.


#
RED ROSSE x tahu nak letak tajok aperr..kalau aderr cadangan
PM kay...

a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Friday, November 18, 2011

Mizz D on Phone...

1140 malam..
happy gila apabila nama MIZZ D masok dlam fon.. =)

wajah aku yang muram sudah bertukar...
senyumanku yang agak cumil dan menggoda sudah terukir disebabkan MIZZ D..
thanx cnad at kakak sbb bg die gune fon...hary2 aq tunngu msj dy masok..
pada malam kemuncak 18 nov smpai jgaks akhirnye...

mood:not crazy anymore..



#juz only one MIZZ D on dis world..no one can be like her...
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Best Friend



Hye Blogger and Reades..

RED ROSSE nak cerita pasal seseorang yang digelar CIK BIRU..

Kisah ini berlaku tady kira2 jam 8 malam..
aku sedang berbalas-balas pesanan ringkas dengan
CIK BIRU, sambil mendengar lagu..
tiba -tiba
 CIK BIRU bertanya:


"agak2 awak sayang saya sebagai apa???"
Aku agak pelik dengan soalan secara tiba-tiba, jadi aku bertanya..
"awak sayang saye sebagai ape???"


dan dia menjawab:
                                ""sebagai kawan yang rapat.."


aku pun menjawab:

                              "mestilah sebagai kawan..x lebeh..^_^.."



dia yang kehairanan bertanya " kenapa sudi jadi kawan saya "

apa jawapan aku???mudah saja,
mestilah sebab awak baik...



#Gadis Berbaju Ungu jangan jeles yaaa...


a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Red Rosse,its just Merry-Go-Round...

Today i see things dat break my heart...im juz trying to smile and calm down...
How could she do dats???hurmm.. its okay..

 Hidup ini sentiasa berputar laju, kau akan ketinggalan jika terleka dan alpa, kerana manusia yang menjadikan dunia ini kejam, bukan kerana dunia itu sendirinya kejam.


Hidup ini umpama sebuah Merry-Go-Round yang akan senantiasa berpusing,
Ada kelip lampu neonnya yang menceriakan wajah-wajah suci yang melihat, Senyum.
Saat lama indah itu waktu usia baru menanjak remaja, di taman tema itu
yang penuh warna-warni. 
Waktu itu jiwa muda ini masih lagi suci, tidak dicemari oleh hawa nafsu jiwa paling gelap.
Senyuman comel itu yang senantiasa bermain di bibirnya, sungguh aku terjatuh.
Aku pandang lama wajah ayu itu, aku lihat terus ke dalam matanya meskipun mata cantik
itu di tutupi dengan kaca-mata namun benar aku suka lihat mata itu.
Mata itu yang aku dambakan sekian lama, dan hati ini menjerit-jerit "Lihatlah aku disini!" 
tapi apa daya saat itu suara hati ini tak berbunyi. 
Setikamkan ap hari aku mencuri pandang wajah itu dalam senyap, aku rasegala interpretasi
diri itu ke dalam kotak memori yang paling dalam, hidden folder minda. Agar yang lain
tidak tahu rahsia hati ini. Dan sekali lagi jiwa remaja ini meronta-ronta bila suatu saat
wajah ayu itu, mata cantik itu dan senyuman comel itu telah dimiliki. Sentuhan genggaman
tangan yang sekian lama aku nantikan itu menjadi milik orang lain. 
Saat itu sungguh aku terjatuh lagi, ke dalam kejatuhan jurang yang paling dalam. Umpama
kejatuhan Empayar Rom di saat kegemilangannya. 
Hancur.
Luluh.
Musnah.
Hidup ini ibarat garisan parallel constant pada horizontal usia, memetik kat-kata seorang
manusia yang comel. Dan ianya benar setakat ini. Ketawa. Sinikal.
Kerana perjalanan hidup ini berjalan seiring dengan usia yang semakin matang. Jiwa remaja
dahulu yang suci kini ditenggelami dunia yang semakin musnah, apokalips yang semakin dekat.
Dan dari kejauhan itu aku lihat wajah ayu itu, bibir comel dan mata cantik itu berjalan perlahan
mendekati aku. Kerana kini dia milikku.
Hidp sperti Merry-Go-Round,ada kala kita di depan dan ada kala kita di belakang..
Yang menentukan hanya diri kita...
Hidup ini umpama Merry-Go-Round, I told TO ME. Senyum.


sabar  RED ROSSE...make she happy wif her life...u've see she happy wif dats guy...and all around 
like him than u  RED ROSSE.. =) (=()

a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Sunday, November 13, 2011

Gadis Berbaju Ungu (2)

Gadis berbaju ungu, mungkin awak masih lagi tertanya-tanya mengapa saya menginginkan awak sebagai teman hidup saya. Sebenarnya jujur saya katakan saya juga tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada awak. Perhubungan kita ini tidak seperti orang lain, dan samapai bila kita harus seperti ini..di manakah pengakhiran hubungan kita ini?. Saya tahu saya bukan lah orang yang baik dan sempurna untuk awak.. Dan saya juga tidak boleh sempurnakan hidup awak

Wahai gadis berbaju ungu, saya tertanya-tanya.. Mengapa saya yang menjadi pilihan awak? Usia perkenalan kita bukanlah bertahun-tahun,tapi awak sudah jatuh hati terhadap saya. Tetapi Pada saya awak bukanlah orang asing yang baru saya kenali. Kita telah berkenalan sudah lama, tetapi kita tcuma tidak mengenali dgn rapat..dan walaupun baru kenal namun cinta saya pada awak hanya muncul saat awak mula merapatkan diri dengan saya. Suka dan cinta adalah dua perkara berbeza. Jika dahulu saya sukakan awak, namun kini saya cintakan awak. Cuma seperti yang saya katakan, saya mahu mencintai awak kerana cinta saya.Cinta itu adalah suatu anugerah. Saya senang sekali setiap saat saya bersama awak. Seolah-olah ada suatu jalinan antara saya dan awak yang tidak dapat diungkapkan. Awak melengkapkan hidup saya. Itulah yang saya rasakan selama saya bersama awak. Kerana cinta itu bagi saya terlalu berharga, walaupun saya jarang mengucapkannya namun saya mahu awak tahu hati saya. Saya ikhlas mencintai awak, dan saya sendiri tidak tahu sedari bila saya berperasaan begini.

Wahai gadis berbaju ungu yang mungkin sedang tersenyum, saya tahu saya bukanlah yang terbaik untuk awak tetapi saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik buat awak. Saya tidak punya segala kemewahan di dunia, tetapi saya berjanji saya akan sayangi awak sepenuh hati saya. Saya akan menjaga dan melindungi awak sedaya upaya saya supaya awak sentiasa berasa selamat dan semoga senyuman yang saya rindui itu akan sentiasa terukir di bibir awak. Saya tahu saya punyai banyak kelemahan, tetapi saya berharap agar awak akan tutupi segala kelemahan saya dengan kelebihan yang ada pada awak. Saya berharap awak akan sentiasa menyokong setiap kejayaan saya dan bangunkan saya pada setiap kejatuhan saya, kerana saya perlukan awak.

Gadis berbaju ungu, andai kata jodoh ini milik kita berdua saya meminta agar awak sudi menunggu saya hingga saat kita disatukan kelak, Insya-Allah. 

Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku.
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kemesraan antara kami, agar kebahagiaan ini kekal abadi.
Seiringkanlah antara kami, mengharungi kehidupan yang luas ini, ke tepian sejahtera.

Tuhanku, sekiranya ditakdirkan untukku, kupohon agar diperkuatkan lagi cintanya kepadaku.
Seperti mana kuatnya aku menyintai dirinya, dan seperti teguhnya cintaku pada-Mu.


Kekasih, andainya kita ditakdirkan bersama, syukurlah.
Andai kita disurat kecewa, bersabarlah.
Sesungguhnya kita berada di bawah naungan, Yang Maha Esa
.
(waiting for GADIS BERBAJU UNGU)

yang tulus dan iklaz: RED ROSSE@PKH a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Saturday, November 12, 2011

Gadis Berbaju Ungu...

Kehadapan si gadis berbaju ungu yang tatkala saya tuliskan warkah ini sedang lena diulit mimpi-mimpi indah, teruskanlah bermimpi indah wahai sayang. Semoga semua mimpi indahmu itu akan menjadi sebuah kenyataan di realiti ini. Dan sekiranya diizinkan benarkan saya menemai awak untuk melakar mimipi indah itu bersama.

Pastinya awak tertanya-tanya apakah tujuan saya menulis warkah ini buat awak, sudahlah hari telahpun lewat namun saya masih tidak lagi tidur malahan menulis warkah ini buat awak. Biarlah saya jelaskan disini tentang tujuan saya menulis secebis coretan dan dijadikan warkah ringkas buat awak ini. Sebenarnya saya tidak dapat melelapkan mata yang sedari tadi meronta-ronta untuk tidur, saya pun tidak tahu mengapa. Mungkin kerana hati kecilku ini turut sama meronta merindui awak, lalu untuk melenyapkan perasaan yang sedang meronta lebih hebat dari tsunami yang telah melanda Jepun pada 11 Mac lalu maka saya celikkan mata untuk menulis coretan ini buat awak. Saya harap awak tak kisah dan janganlah marahkan saya..


Wahai gadis berbaju ungu, ketahuilah bahawa pernah saya ketemu banyak hati namun tiada satupun hati yang semerah hatimu, dan dalam banyak wajah yang pernah saya lihat tiada satupun wajah yang sentiasa diingati kecuali wajahmu. Andai kata saya seorang penyair, akan saya syairkan jutaan puisi kata cinta yang indah buat kamu. Andai kata saya seorang penyanyi, akan saya tuliskan ribuan lagu untuk saya luahkan segenap inci perasaan di hati ini untuk awak. Andai kata saya seorang penulis, akan saya coretkan dan nukilankan ratusan novel cerita kisah cinta kita supaya dunia tahu betapa saya sayangkan awak. Namun saya bukanlah penyair yang mampu menyairkan kata-kata indah, bukan penyanyi untuk mencipta lagu untuk diperdengarkan kepada awak dan bukan juga seorang penulis untuk membukukan luahan kata hati ini. Saya hanyalah seorang insan biasa di atas pentas dunia yang senantiasa berputar ini yang mana tak tahu bilakan tiba di atas dan bila mana pula akan jatuh ke bawah.


Wahai gadis berbaju ungu, tersenyumkah awak saat membaca warkah ini? Gembirakah di dalam hatimu itu? Kerana hatiku saat dicoretkan padamu warkah ini, sentiasa berbunga riang dan gembira menantikan saat warkah ini tiba padamu. Senyumlah wahai gadis berbaju ungu, kerna senyumanmu itulah yang selama ini saya nantikan, saya rindukan selalu.Wahai gadis berbaju ungu yang tatkala ini sedang tersenyum, masihkan awak ingat pada tanggal 4 Oktober 2011 kau meminta nombr telefon ku..disaat aku pulang dari sekolah...Hari itu ialah hari petama aku menduduki peperiksaan PMR...Agak lama kita ber-SMS awak mula mluahkan perasaan awak trhadap saya..aku beritahumu bahawa aku perlukan masa untuk menenangkan fikiranku yang bercelaru ini kerana perbuatan manusia yang dengki dan benci terhadap diriku..dan aku menyuruhmu untuk pergi dengan orang lain semasa aku memerlukan masa...
Wahai gadis berbaju ungu, terkejutkah awak dengan permintaan saya ini?



Maaflah kerana mengejutkan awak, kerana mungkin saya memang sedari dahulu suka untuk membuat kejutan. Tetapi saya harap awak gembira mendengar luahan hati saya ini...

#MAAF GADIS BERBAJU UNGU...bukan aku tidak sayangkan kamu,tapy aku mahu kamu bahagia disamping orang yang sygkan mu..aku cuma tidak mahu kau terluka disaat kau bersama ku..walaupun aku terluka lihat kau bersama kekasih baru kau wahai gadis berbaju ungu...aku ingin berjumpa dengan mu syg~

Warkah ni RED ROSSE wat pada 12/11/2011 tapy post kat belog 13/11/2011..


RED ROSSE IS TRYING TO SMILE.... =)
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

Saturday, November 5, 2011

Peperiksaan...


Ada 3 pelajar, Tono, Zul dan Muin, yang TELEPAS mengikuti ujian sekolah karena lambat bangun. Mereka dikenal sebagai pelajar licik dan banyak alasan jika dinasehati.
Seperti biasa, ketiganya menyusun strategi untuk bepakat memberi alasan sama agar cikgu kelasnya berbaik hati dengan memberi ujian lain.

"Kita harus sepakat!", ujar Tono.
"Ya, alasan harus sama semua", sahut Muin & Zul.

Ketiganya pun masuk kelas.
"ciiikguuu, maaf kami terlepas hadir ujian pagi tadi", kata Tono.
"Iya cciiiiiikkkgggguuu, kami bertiga naik bas yang sama dan tayar bas kami meletup pancit pagi tadi",Muin meyakinkan.
"Iya, kami kasihan tengok pakcik pemandunya, jadi kami bantu memasang tayar baru, tu yang lambat pagi tadi", sahut Zul.

"Kami mohon kebaikan hati cikgu untuk buat ujian ganti", ujar ketiganya serentak.
cikgu berpikir sejenak dan akhirnya setuju buat ujian ganti.

tetapi cikgu suruh ketiga peljar duduk di kelas berasingan.
"Ah mungkin taknak kita meniru", pikir para pelajar.

dalam 20 minit kertas soalan sampai, dan ujiannya cuma 2 soalan. Soaln pertama, sangat mudah dgn markah 10. Ketiga pelajar jawab sambil makan kacang dengan senyum - senyum. 
Namun tiba giliran soalan ke 2 yg bernilai 90 markah, keringat dingin pun mulai bercucuran.

2. PAGI TADI, tayar bas yang kamu naiki pancit belah mana?
  

Tono,Zul,Muin:menyesa tipu dia tadi.... $%^&***!!!



#RED ROSSE:pikir habis2 dulu sebelum buat...~
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }