About Me n Myself

kulim, kedah, Malaysia
Name aku Schaz Zarul... But u can call me Apek,SAM or Shi.. aku stay at KULIM,KEDAH... Aku lahir pada 12 November.... Aku seorang yg Heppy sLalu... Aku nie x la hensem cnad...sweet tue ada lar..hahax...=) aku nie mudah utk bekawan...^_^ 난 널 사랑해.. 시,市

PeNgIkUt SeTiAkU....

Sunday, November 13, 2011

Gadis Berbaju Ungu (2)

Gadis berbaju ungu, mungkin awak masih lagi tertanya-tanya mengapa saya menginginkan awak sebagai teman hidup saya. Sebenarnya jujur saya katakan saya juga tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada awak. Perhubungan kita ini tidak seperti orang lain, dan samapai bila kita harus seperti ini..di manakah pengakhiran hubungan kita ini?. Saya tahu saya bukan lah orang yang baik dan sempurna untuk awak.. Dan saya juga tidak boleh sempurnakan hidup awak

Wahai gadis berbaju ungu, saya tertanya-tanya.. Mengapa saya yang menjadi pilihan awak? Usia perkenalan kita bukanlah bertahun-tahun,tapi awak sudah jatuh hati terhadap saya. Tetapi Pada saya awak bukanlah orang asing yang baru saya kenali. Kita telah berkenalan sudah lama, tetapi kita tcuma tidak mengenali dgn rapat..dan walaupun baru kenal namun cinta saya pada awak hanya muncul saat awak mula merapatkan diri dengan saya. Suka dan cinta adalah dua perkara berbeza. Jika dahulu saya sukakan awak, namun kini saya cintakan awak. Cuma seperti yang saya katakan, saya mahu mencintai awak kerana cinta saya.Cinta itu adalah suatu anugerah. Saya senang sekali setiap saat saya bersama awak. Seolah-olah ada suatu jalinan antara saya dan awak yang tidak dapat diungkapkan. Awak melengkapkan hidup saya. Itulah yang saya rasakan selama saya bersama awak. Kerana cinta itu bagi saya terlalu berharga, walaupun saya jarang mengucapkannya namun saya mahu awak tahu hati saya. Saya ikhlas mencintai awak, dan saya sendiri tidak tahu sedari bila saya berperasaan begini.

Wahai gadis berbaju ungu yang mungkin sedang tersenyum, saya tahu saya bukanlah yang terbaik untuk awak tetapi saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik buat awak. Saya tidak punya segala kemewahan di dunia, tetapi saya berjanji saya akan sayangi awak sepenuh hati saya. Saya akan menjaga dan melindungi awak sedaya upaya saya supaya awak sentiasa berasa selamat dan semoga senyuman yang saya rindui itu akan sentiasa terukir di bibir awak. Saya tahu saya punyai banyak kelemahan, tetapi saya berharap agar awak akan tutupi segala kelemahan saya dengan kelebihan yang ada pada awak. Saya berharap awak akan sentiasa menyokong setiap kejayaan saya dan bangunkan saya pada setiap kejatuhan saya, kerana saya perlukan awak.

Gadis berbaju ungu, andai kata jodoh ini milik kita berdua saya meminta agar awak sudi menunggu saya hingga saat kita disatukan kelak, Insya-Allah. 

Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku.
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Titipkanlah kemesraan antara kami, agar kebahagiaan ini kekal abadi.
Seiringkanlah antara kami, mengharungi kehidupan yang luas ini, ke tepian sejahtera.

Tuhanku, sekiranya ditakdirkan untukku, kupohon agar diperkuatkan lagi cintanya kepadaku.
Seperti mana kuatnya aku menyintai dirinya, dan seperti teguhnya cintaku pada-Mu.


Kekasih, andainya kita ditakdirkan bersama, syukurlah.
Andai kita disurat kecewa, bersabarlah.
Sesungguhnya kita berada di bawah naungan, Yang Maha Esa
.
(waiting for GADIS BERBAJU UNGU)

yang tulus dan iklaz: RED ROSSE@PKH a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

No comments:

Post a Comment