About Me n Myself

kulim, kedah, Malaysia
Name aku Schaz Zarul... But u can call me Apek,SAM or Shi.. aku stay at KULIM,KEDAH... Aku lahir pada 12 November.... Aku seorang yg Heppy sLalu... Aku nie x la hensem cnad...sweet tue ada lar..hahax...=) aku nie mudah utk bekawan...^_^ 난 널 사랑해.. 시,市

PeNgIkUt SeTiAkU....

Saturday, November 12, 2011

Gadis Berbaju Ungu...

Kehadapan si gadis berbaju ungu yang tatkala saya tuliskan warkah ini sedang lena diulit mimpi-mimpi indah, teruskanlah bermimpi indah wahai sayang. Semoga semua mimpi indahmu itu akan menjadi sebuah kenyataan di realiti ini. Dan sekiranya diizinkan benarkan saya menemai awak untuk melakar mimipi indah itu bersama.

Pastinya awak tertanya-tanya apakah tujuan saya menulis warkah ini buat awak, sudahlah hari telahpun lewat namun saya masih tidak lagi tidur malahan menulis warkah ini buat awak. Biarlah saya jelaskan disini tentang tujuan saya menulis secebis coretan dan dijadikan warkah ringkas buat awak ini. Sebenarnya saya tidak dapat melelapkan mata yang sedari tadi meronta-ronta untuk tidur, saya pun tidak tahu mengapa. Mungkin kerana hati kecilku ini turut sama meronta merindui awak, lalu untuk melenyapkan perasaan yang sedang meronta lebih hebat dari tsunami yang telah melanda Jepun pada 11 Mac lalu maka saya celikkan mata untuk menulis coretan ini buat awak. Saya harap awak tak kisah dan janganlah marahkan saya..


Wahai gadis berbaju ungu, ketahuilah bahawa pernah saya ketemu banyak hati namun tiada satupun hati yang semerah hatimu, dan dalam banyak wajah yang pernah saya lihat tiada satupun wajah yang sentiasa diingati kecuali wajahmu. Andai kata saya seorang penyair, akan saya syairkan jutaan puisi kata cinta yang indah buat kamu. Andai kata saya seorang penyanyi, akan saya tuliskan ribuan lagu untuk saya luahkan segenap inci perasaan di hati ini untuk awak. Andai kata saya seorang penulis, akan saya coretkan dan nukilankan ratusan novel cerita kisah cinta kita supaya dunia tahu betapa saya sayangkan awak. Namun saya bukanlah penyair yang mampu menyairkan kata-kata indah, bukan penyanyi untuk mencipta lagu untuk diperdengarkan kepada awak dan bukan juga seorang penulis untuk membukukan luahan kata hati ini. Saya hanyalah seorang insan biasa di atas pentas dunia yang senantiasa berputar ini yang mana tak tahu bilakan tiba di atas dan bila mana pula akan jatuh ke bawah.


Wahai gadis berbaju ungu, tersenyumkah awak saat membaca warkah ini? Gembirakah di dalam hatimu itu? Kerana hatiku saat dicoretkan padamu warkah ini, sentiasa berbunga riang dan gembira menantikan saat warkah ini tiba padamu. Senyumlah wahai gadis berbaju ungu, kerna senyumanmu itulah yang selama ini saya nantikan, saya rindukan selalu.Wahai gadis berbaju ungu yang tatkala ini sedang tersenyum, masihkan awak ingat pada tanggal 4 Oktober 2011 kau meminta nombr telefon ku..disaat aku pulang dari sekolah...Hari itu ialah hari petama aku menduduki peperiksaan PMR...Agak lama kita ber-SMS awak mula mluahkan perasaan awak trhadap saya..aku beritahumu bahawa aku perlukan masa untuk menenangkan fikiranku yang bercelaru ini kerana perbuatan manusia yang dengki dan benci terhadap diriku..dan aku menyuruhmu untuk pergi dengan orang lain semasa aku memerlukan masa...
Wahai gadis berbaju ungu, terkejutkah awak dengan permintaan saya ini?



Maaflah kerana mengejutkan awak, kerana mungkin saya memang sedari dahulu suka untuk membuat kejutan. Tetapi saya harap awak gembira mendengar luahan hati saya ini...

#MAAF GADIS BERBAJU UNGU...bukan aku tidak sayangkan kamu,tapy aku mahu kamu bahagia disamping orang yang sygkan mu..aku cuma tidak mahu kau terluka disaat kau bersama ku..walaupun aku terluka lihat kau bersama kekasih baru kau wahai gadis berbaju ungu...aku ingin berjumpa dengan mu syg~

Warkah ni RED ROSSE wat pada 12/11/2011 tapy post kat belog 13/11/2011..


RED ROSSE IS TRYING TO SMILE.... =)
a img { border-radius:10px; border-width: 0; } img:hover { filter: alpha(opacity=70); opacity: .6; -webkit-transition: 0.5s; border-radius:10px; }

No comments:

Post a Comment